Beli bongkah VS Buat Bongkah

Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masakini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang rendah, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini…adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri? Harus diingat jika anda betul2 mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda. Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit. Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macm ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”. Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan. Bagi yang baru nak berjinak2 dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang matang supaya anda tau seba sedikit cara jaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik2 buka tutup penutup untuk tau macamne nak keluarkan hasil tiap2 hari. Ini ada sedikit tip untuk anda lihat kelebihan beli bongkah matang atau buat bongkah sendiri.

Beli bongkah

Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll

Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh

Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual

Tiada masalah penyakit..kalu da pun sedikit

Boleh test market dulu…da tak permintaan penduduk setempat

Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la

Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung

Boleh buat separuh masa

Buat bongkah

Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll…

sesetengah tempat susah nak dapat bekalan

Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit

Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih

Masalah penyakit kulat perosak

Jimat kos

Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z

Kena buat sepenuh masa

Cara mana yang anda pilih itu bergantung la….ikut kemampuan masing2…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...