FAQ Projek Tanaman Cendawan

Salam Kembali kepada pelawat blog ini...dah lama tak update maklumlah sibuk yang teramat2...so setakat ini alhamdullah projek tanaman cendawan makin maju..pelanggan pun semakin ramai..pelawat pun makin ramai yang datang kat tempat projek..ada yang datang yang saje nak tgk2 dan ada jugak yang datang pasal minat nak buat projek cendawan ni...

Dari pengalaman sy la ramai yang berminat tentang projek berdasarkan kepada :-


1. Pasaran cendawan semakin meningkat
2. Mengikut trend projek pertanian
3. Orang buat,kita pun nak buat

Bagi pandangan sy kepada yang baru nak mula projek cendawan ni anda perlu melihat kepada minat anda terlebih dahulu. Buat kajian terlebih dahulu dari segi kehendak pasaran,cara kerja,kos permulaan,risiko yang perlu di tanggung dan masa yang anda perlukan untuk menjalankan projek anda.

Disini ada sedikit FAQ projek cendawan yang biasa yang ditanya kepada pelawat yang datang di ladang saya.

1. Berapa kos permulaan projek cendawan?

kos permulaan bergantung kepada berapa bongkah yang anda ingin mulakan. Bahan yang anda gunakan untuk membuat bangsal tidak perlulah hebat sgt...sekadar kukuh dan teduh dari hujan pun dah cukup. Jimatkan kos membuat bangsal lebihkan modal untuk membeli bahan mentah atau bongkah cendawan matang kerana itu lebih baik dari bangsal yang mahal2.

2. Apakah cara memulakan projek cendawan?

Pertama:
Dapatkan bongkah cendawan matang yang sedia untuk pengeluaran hasil. anda hanya perlu sediakan bangsal cendawan dan rak sahaja. Tugas anda hanya siram,kutip cendawan,jual, dan rekod. Kaedah yang mudah dan menjimatkan masa anda. Sesuai dibuat secara partime.

Kedua:
Dapatkan bongkah cendawan matang yang sedia untuk pengeluaran hasil.Mula belajar selok-belok pengeluaran hasil dan apabila anda sudah yakin anda boleh mula membuat bongkah sendiri. Kaedah yang susah sedikit andaperlu mengambil kursus,cari peralatan dan bahan mentah, proses membuat media sendiri masalah bongkah rosak dan penyakit dll.

Perlu mesin atau steamer ke?

Kalau projek cendawan anda 5k bongkah ke bawah bagi saya tak perlu anda membeli mesin gaul ataupun steamer. Memadai gaul media secara manual dan pengukusan guna tong drum sudah cukup. Tidak berbaloi anda membeli peralatan ini dan lebih baik anda gunakan untuk membeli bahan mentah membuat media spt benih, habuk kayu dll.


Pasaran

Isu yang biasa di tanya oleh peminat projek cendawan. Sebenarnya setiap bisnes yang kita buat mesti ada pasaranya cuma kita perlu mencari pasaran bukanya menunggu pasaran itu sendiri datang kepada kita. Begitu juga dengan cendawan, ianya merupakan produk makanan yang di di perlukan oleh manusia hampir setiap hari...lagipun banyak produk yang boleh kita hasilkan dari cendawan..sebagai cth cendawan boleh dijadikan sbg kerepek, serunding, sos cendawan, karipap, popia, cendawan goreng tepung dll.

Di mana nak jual cendawan segar?
Katakan lah ramai pengusaha cendawan disekitar anda yg telah menjalankan projek ini...anda perlu selidik dimana mereka memasarkan cendawan segar. sbg contoh kalau ada ramai pengusaha jual di pasar anda tidak perlu turut jual disana...cuba cari alternatif lain spt jual di kedai runcit atau dll. cara lain anda boleh pasarkan cendawan segar spt kedai makan, restoran masakan panas, kantin, kedai runcit basah, penjual goreng pisang, pejabat2, rakan, supermarket. Bila dah ramai orang tau anda menjual cendawan maka pasaran anda sebanyak dan anda hanya perlu bersabar.
Ini adalah pandangan saya sahaja,,,mungkin anda ada idea yang lebih baik boleh kongsikan bersama.


Tanaman Cendawan Berbaloi

DUNGUN 24 Nov. - Tindakan nekad seorang pemuda, Mohd. Eruan Salleh, 28, berhenti kerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu negara semata-mata untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang perusahaan cendawan kini ternyata berbaloi.
Biarpun baru setahun mengusahakan projek tanaman cendawan tiram kelabu, bekas pegawai teknikal itu kini mampu menarik nafas lega setelah pendapatannya mencapai angka RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Eruan ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia gembira dan berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapinya sekarang termasuk berjaya menubuhkan syarikat miliknya sendiri iaitu Agro Mesra Trading.

"Mulai sekarang, saya tidak akan menoleh lagi ke belakang, saya akan pastikan usaha dan pengorbanan saya ini akan terus berkekalan serta tidak menjadi sia-sia," katanya ketika ditemui di tapak semaian berdekatan rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini semalam.

Eruan yang juga anak keempat daripada lapan beradik pernah mengikuti pengajian Veterinar di peringkat diploma di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1998 sebelum melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Sains Makanan di universiti yang sama.

Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2004, dia bekerja di sebuah agensi pertanian di ibu negara sebagai pegawai teknikal dengan gaji permulaan RM1,800 bagaimanapun berhenti pada hujung tahun lalu bagi memberi tumpuan terhadap tanaman cendawan.

Eruan berkata, berbekalkan modal sendiri dan bantuan ahli keluarga sebanyak RM3,000, dia dan keluarganya telah memulakan projek penanaman cendawan tiram kelabu berhampiran rumahnya.

"Sepanjang empat hingga lima bulan pertama projek ini diusahakan, kami berjaya memperoleh pendapatan purata sebanyak RM2,000 sebulan hasil daripada jualan sebanyak lima kilogram cendawan sehari ke pasar Dungun dan kedai-kedai makan sekitar.

"Namun, selepas mengambil keputusan untuk memperbesarkan projek penanaman ini beberapa bulan lalu, kini jualan dan hasil pendapatan kami meningkat kepada RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,'' katanya.

Dalam pada itu katanya, sepanjang mengusahakan projek cendawan tersebut, dia turut menghadapi pelbagai masalah termasuk daripada segi bekalan, cara memproses dan juga serangan penyakit namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.

Katanya, selain mengusahakan tanaman itu, dia turut menyediakan khidmat menjual peralatan tanaman cendawan dan menawarkan kursus berkaitan pada yuran yang berpatutan.

Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 019-6056213 untuk keterangan lanjut.


#Sumber dari Utusan Online - Edisi Pantai Timur

Prosedur Memulakan Projek Tanaman Cendawan TIram Kelabu

1. Kenalpasti lokasi tapak bangsal cendawan..tiada berlaku banjir.

1,000 bongkah 2m x 3m
2,000 bongkah 3m x 4m
3,000 bongkah 4m x 5m
4,000 bongkah 5m x 6m

2. Siapkan Bangsal cendawan, rak, dan peralatan

3. Beli bahan mentah

Dinasihat supaya beli bongkah matang (sedia dibuka) bagi yang baru nak mula projek. Sekurangnya 1000 bongkah matang supaya anda boleh belajar selok-belok pengeluaran hasil cendawan tanpa mengeluarkan modal yang banyak.

4. Penjagaan Rumah Cendawan

Sentiasa bersihkankan rumah cendawan untuk kurangkan penyakit dan serangga. Monitor kelembapan dan cahaya.

5. Periksa jangkitan kulat perosak dan penyakit
Periksa paling kurang 2 kali seminggu.

6. Menuai hasil

Kutip cendawan 2 atau 3 kali sehari utunuk mendapat cendawan yang muda dan segar.

7. Jualan dan pemasaran

Jual terus atau supply kat hotel dan kedai makan. Sentiasa respon kepada harga dan permintaan pelanggan.

8. Simpan rekod

Rekod penting untuk kita tahu keuntungan yang diperolehi dan kos2 yang terlibat.

Harga Pasaran

Ada pengusaha tertanya-tanya…berapa harga nak jual? Kat mana nak jual? Tu maslah biasa bagi yang baru nak mula tanam cendawan ni…nak jual mahal takut tak laku. So, ni ada tip untuk anda…
Berapa harga nak jual?

• Harga pasaran RM 8-15 sekilo….siasat dulu harga sekita kawasan anda..jika pengusaha lain jual RM10/kg..anda kena la jual sama jugak..tak perlu nak jatuh harga orang lain

• Boleh jual pack dgn plastik saiz 7x10x06..1 pack 100g atau 1 pack 80g…anda boleh jual 5 pack RM5 atu 6 pack RM5..bergantung kepada berat tiap pack.
Kat mana nak jual?

• Kedai makan atau kedai tomyam
• Sekolah
• Restauran
• Pasaraya
• Hotel
• Kedai runcit basah
• Pasar tani
• Pasar malam
• Pasar basah
• Jiran atau kawasan rumah anda

Anda juga perlu kenal pengusaha lain sekitar anda kerana jika anda tidak cukup bekalan anda boleh beli dengan mereka atau sebaliknya supaya pelanggan anda tidak lari. Digalakkan buat kerjasama dengan pengusaha lain dari segi pasaran dan harga supaya masing2 boleh cari makan.

Masalah dan cara penyelesaian

Penanaman cendawan juga mengalami masalah yang boleh merugikan dan melemahkan semangat pengusaha. Tetapi sebarang masalah mesti ada sebab dan cara untuk menyelesaikannya. Disini terdapat beberapa masalah yang dihadapi, punca dan cara untuk mengatasinya.

Mesilia gagal untuk berkembang

Air klorin atau air kotor -----guna air telaga atau peram air paip semalaman
Bahan mentah rosak---- pastikan bahan mentah elok dan segar
Kukus tidak sempurna----pastikan kukus 7-8 jam
Beg media panas----biarkan sejuk baru suntik benih
Benih tidak berkualiti
Lupa nak suntik benih

Mesilia tumbuh, tapi gagal hasilkan cendawan

Formula media tidak betul----ubah formula, periksa pH, habuk kayu, dedak
Serangga, kulat perosak, virus, bacteria dan hama---periksa proses kukus, suntik benih, dan kebersihan rumah cendawan
Benih tidak berkualiti---dapatkan dan pembekal lain
Cendawan terbentuk, tetapi payung tidak terbentuk
Cahaya tidak cukup---ubah cahaya dalam rumah cendawan
Pengudaraan tidak sempurna----tingkatkan pertukaran udara luar dan dalam

Anak tumbuh, tapi sikit yang berkembangMasa peram terlalu lama

Cahaya kurang
Media campuran berkualiti rendah
Kadar pentumbuhan mesilia kurang—benih kurang
Benih tidak berkualiti

cendawan gagal tumbuh pada pusingan kedua

formula campuran tidak betul
benih tidak berkualiti

saiz cendawan kecil

terlalu banyak anak cendawan tumbuh
formula tidak betul
benih tidak berkualiti

cendawan ringan—periksa kelembapan semasa gaul media

cendawan cepat rosak
cendawan dikutip terlalu tua—kutip yang muda sebelum tepi berombak
cendawan suam sebelum pek—sejukkan dulu baru bungkus dalam plastic
cendawan lembap
cendawan disimpan terlalu lama

bintik2 kuning pada cendawan

serangan bakteria---periksa kelembapan dan rumah cendawan 80-85%