Rawatan Kulat Hijau dengan 'Greeno Pro"


Kali ini kita bincang tentang masalah kulat hijau yang menjadi ancaman utama pengusaha cendawan. Terdapat 2 jenis serangan yang biasa dilihat iaitu sebelum dan selepas beg media matang.

Jangkitan Sebelum Matang: Berlaku selepas aktiviti menyuntik benih berpunca dari masalah benih, kukus tidak cukup dan kandungan dedak yang tinggi

Jangkitan Selepas Matang:  Berlaku selepas hasil pertama dan kedua. Biasanya disebabkan oleh beg tidak cukup, kualiti benih, bangsal kotor, serangan serangga 'bari-bari' dan kandungan air dalam beg media yang tinggi.

Jika serangan ini berlaku kadar kerosakan beg menjadi tinggi kerana spora kulat hijau dibawa oleh bari-bari merebak kepada beg cendawan yang lain. Beg media yang terkena jangkitan yang teruk tidak dapat mengeluarkan hasil kerana mesila telah dimusnahkan oleh kulat hijau. Kerugian akan berlaku kepada pengusaha. Boleh mencapai 50-60% kadar kerosakan bergantung kepada keadaan serangan.

Kawalan yang biasa dibuat oleh pengusaha adalah:


  1. Asingkan beg media yang rosak
  2. Buat bukaan dibelakangkan beg
  3. Tutup beg media dan sembur racun serangga dalam bangsal serta bilas dengan air paip
Kini terdapat cara untuk menyelesaikan masalah kulat hijau dengan Rawatan Greeno Pro yang bertindak mematikan pergerakan kulat hijau. 


Ciri-ciri Produk
  1. Dibuat dari bahan 100% organik berasaskan herba
  2. Bukan larutan EM
  3. Tiada kesan sampingan
  4. Tidak memberi kesan kepada kualiti rasa cendawan
  5. Murah dan menjimatkan
Selepas 2 hari beg media dibuka, tanda-tanda serangan akan dapat dilihat. Untuk memberi hasil rawatan yang berkesan disyaratkan untuk menyembur beg media yang diperingkat awal jangkitan dimana kulat hijau belum lagi merebak lebih dalam. 

Kesan Rawatan

Hanya sekali semburan sahaja disyorkan kerana kesan semburan telah dapat memberi perubahan kepada kulat hijau. Selepas 3 hari semburan kulat hijau menjadi hitam dan kering. Selepas itu bersihkan beg media dengan membuang lapisan tadi serta tutup beg media selama 10 hari.

Semburan yang berlebihan akan menyebabkan beg media menjadi lebih berair dan ini tidak begitu sesuai untuk pengeluaran hasil. Jika berlaku hendaklah membuang leher beg dan buat bukaan yang luas untuk pertumbuhan cendawan yang lebih baik.

Beg dibersihkan
Beg Media dibuka
Hasil Cendawan Selepas Rawatan Greeno Pro
Kegunaan lain:

  1. Semburan dalam bangsal untuk menghalau serangga perosak 
  2. Campuran dalam beg media untuk memberi ketahanan awal kepada serangan kulat hijau
  3. Semburan disekeliling bangsal

Greeno Pro boleh membantu memberi rawatan kulat hijau yang lebih baik dan mengurangkan kerugian kepada pengusaha cendawan. 

Dapatkan Greeno Pro untuk sebagai langkah pengcegahan serangan kulat hijau sekarang !!

Tidak salah kalu mencuba, mana tau boleh membantu anda.


PROMOSI!!!                                         

Greeno Pro

KAPASITI:   500ML
HARGA:       RM 20.00
KADAR CAIRAN = 1 LITER GREENO PRO : 3 LITER AIR (kesan yang lebih baik untuk rawatan kulat hijau)


















KAPASITI:   3 LITER
HARGA:       RM 100.00
KADAR CAIRAN = 1 LITER GREENO PRO : 3 LITER AIR (kesan yang lebih baik untuk rawatan kulat hijau)

HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN


PERINGATAN:

  • Semburan pada peringkat awal jangkitan untuk memberi kesan yang baik.
  • Hanya sekali semburan sahaja dilakukan



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...